PROGRAM PENDIDIKAN DIGITAL
Disediakan Khas untuk Sekolah Parlimen Tanjung Piai
mesej daripada Dato’ Sri DR WEE JECK SENG
Pendidikan merupakan asas utama dalam membentuk masa depan generasi muda serta membina sebuah masyarakat yang berdaya saing. Setiap pelajar mempunyai potensi untuk berjaya sekiranya diberikan akses kepada sumber pembelajaran yang berkualiti serta sokongan yang berterusan.
Seiring dengan perkembangan semasa, pendekatan pembelajaran perlu sentiasa diperkasakan agar lebih inklusif, fleksibel dan relevan dengan keperluan pelajar hari ini. Usaha memperluaskan akses pendidikan yang berkualiti adalah penting bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir dalam arus pembangunan.
Saya yakin bahawa dengan usaha, disiplin dan kesungguhan, setiap pelajar mampu mencapai kecemerlangan. Teruskan berusaha dan manfaatkan setiap peluang yang ada dalam membina masa depan yang lebih cemerlang.
Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen Tanjung Piai
Dengan Kerjasama